Sunday, 26 November 2017

TIPS UNTUK MENYAMBUT RUMAH PERTAMA ANDA.



1 . Kumpul duit untuk beli rumah sekurang-kurangnya 15% dari harga rumah. 10% deposit, 5% untuk lain-lain kos sampingan.

2 . Elakkan buat personal loan di bawah umur 30 tahun. Anda mungkin akan jadi “high risk applicant” atas dasar perancangan kewangan peribadi yang tak stabil.

3 .Jangan beli kereta pertama lebih 20% dari gaji pertama. Untuk gaji RM3,500 ke bawah, Debt Service Ratio (DSR) biasanya perlu rendah, dan perlu ada Net Disposable Income (NDI) yang cukup.

4 .Elakkan untuk buat ASB Financing di tahun yang sama dengan tahun ingin membeli rumah. Kebanyakan bank akan kira dividend ASBF bermula tahun kedua pembiayaan.

5 .Jaga penggunaan kredit kad. Kiraan DSR untuk kad kredit biasanya dikira berdasarkan "outstanding balance", bukannya "credit limit". 5% minimum payment akan dikira sebagai komitment untuk pengiraan DSR.

6 . Untuk gold investor, elakkan letak atau pajak emas anda di pajak gadai (pawn broking) yang mempunyai link dengan CCRIS i.e Ar-Rahnu di bawah seliaan bank. Kiraan pajakan emas anda biasanya akan dikira sebagai komitment untuk 7 bulan. Contoh; pajakan RM3,500 bahagi 7 bulan, bersamaan RM500 sebulan.

Sekian, terima kasih.
Salam Ukhwah,
Firdaus Pay - FP -
Kewangan & Hartanah FP

Credit to Mr. Firdaus Pay for the tips. may u have a good day ahead.

Saturday, 21 October 2017

Langkah-langkah untuk transfer duit dari akaun CIMB ke Tabung Haji

Sudah menjadi kewajipan bagi setiap umat islam di Malaysia untuk menyimpan/melabur di Tabung Haji. Disamping mendapat dividen serta bonus di setiap akhir tahun  duit yang terkumpul juga boleh digunakan untuk menunaikan Fardhu haji di Makkah. Untuk memudahkan pendepositan duit dari akaun peribadi ke akaun masing2, pihak Tabung Haji sudah membolehkan transfer duit secara ONLINE

Untuk sesiapa yang berhajat untuk memindahkan duit dari akaun peribadi ke akaun Tabung Haji secara online. Sila ikuti langkah dibawah ye, hanya untuk platform CIMB Click sahaja.


Step 1: Sila Login akaun CIMB korang.

Step 2: Sila pilih kat butang "pay " dan pilih "bills"




Langkah 3: Pilih " Saving account" anda.




Langkah 4: Selepas select "saving account" , pergi ke " to" toolbar seperti gambar dibawah dan pilih " Lembaga Tabung Haji". Untuk memudahkan urusan transfer akan datang, segera pilih lembaga haji jadi favourite.


Langkah 5: Selepas select " Lembaga Tabung Haji, satu box akan keluar seperti gambar dibawah. anda kena memasukkan IC number yang didaftarkan ngan Tabung Haji dan amount yang hendak dipindahkan.


Langkah 6: Sila confirmkan perpindahan wang anda dan setel!!

Selamat mencuba, ;)

Friday, 10 February 2017

Pengurusan kewangan untuk newbies

As-salam sekalian

Kepada siswa/siswi university yang sudah bergraduat. Tahniah diucapkan kepada korang, its time for you guys to hunt for your dream job. To those yang extend, don't give up yet. World has not end yet for you all.

Di Malaysia, lazimnya gaji untuk fresh gaduate lebih kurang Rm2200-2800 dan untuk lepasan diploma, lazimnya Rm1500-1800. Untuk perbelanjaan fresh graduate, lazimnya dibahagikan seperti dibawah:




Kat sini, ak nak huraikan perbelanjaan yang vital je untuk korang hadam:

1) Takaful

Yang ni untuk kecemasan, compulsory untuk diambil (melainkan korang ada duit 2.6 billion cash dalam bank, x yah amik~ membazir) .Dengan bayaran serendah Rm180 sebulan, korang boleh dapatkan coverage sebanyak Rm100k setahun dengan lain-lain faedah yang berkaitan untuk kesihatan korang. At least, tak de la korang kene risau bila kene admit kat hospital swasta nanti.

Sumber: Google.com


2) Asset 

: Emas: Emas mainly disimpan untuk mengelak inflasi dari mengurangkan nilai duit kita. Inflasi ni lebih kurang cmni. Pada tahun 2014, Rm10 boleh membeli sebanyak sekilo bawang merah. Manakala pada tahun 2017, Rm10 hanya dapat membeli sebanyak 800g bawang merah. Kat sini, nilai duit kita telah berkurang sebanyak 200g bawang merah. Untuk pembelian emas pula, korang boleh membeli pada harga yang rendah seperti dibawah. Yang istimewanya, program GAP ni membolehkan korang menyimpan emas secara konsisten setiap bulan paling minimum 1 gram.

Source: Public gold.com.my
  

: ASB financing (Loan) : Paling femes dikalangan bumiputera.Nak taw lebih lanjut, rujuk kat sini https://dokterkewangan.blogspot.my/2016/11/asb-financing-buat-saving-dalam-bank.html.


3) Saving

 Sekurang-kurangnya peruntukan sebahagian duit korang untuk tujuan saving. At least 8% dari duit korang. Boleh la korang keluarkan waktu kecemasan seperti kematian ahli keluarga atau nak kawen nanti.

4) Kereta

Untuk permulaan kerjaya, korang tak sepatutnya membelanjakan lebih dari 20% dari gaji korang untuk bayar kereta. Ini kerana, ini akan menganggu korang nyer DSR ( Debt Service ratio) bila korang nak beli rumah nanti. Sebaik-baiknya, bermulalah dengan kereta yang economical and fuel saving value seperti MYVI dan AXIA.Tambahan plak, perodua memberi servis free for 5 years, kan untung tu.

5) Duit bagi kat parent

Hat ni wajib. sekurang-kurangnya bagilah kat parent korang ikut kemampuan korang. Sekurang-kurangnya ada gak berkat gaji tu.

**Nota kaki: peratus dalam graf tu hanyalah anggaran, its up to korang how to estimate your own expense based on your salary. Adioss!!