As-salam sekalian
Kepada siswa/siswi university yang sudah bergraduat. Tahniah diucapkan kepada korang, its time for you guys to hunt for your dream job. To those yang extend, don't give up yet. World has not end yet for you all.
Di Malaysia, lazimnya gaji untuk fresh gaduate lebih kurang Rm2200-2800 dan untuk lepasan diploma, lazimnya Rm1500-1800. Untuk perbelanjaan fresh graduate, lazimnya dibahagikan seperti dibawah:
Kat sini, ak nak huraikan perbelanjaan yang vital je untuk korang hadam:
1) Takaful:
Yang ni untuk kecemasan, compulsory untuk diambil (melainkan korang ada duit 2.6 billion cash dalam bank, x yah amik~ membazir) .Dengan bayaran serendah Rm180 sebulan, korang boleh dapatkan coverage sebanyak Rm100k setahun dengan lain-lain faedah yang berkaitan untuk kesihatan korang. At least, tak de la korang kene risau bila kene admit kat hospital swasta nanti.

Sumber: Google.com
2) Asset
: Emas: Emas mainly disimpan untuk mengelak inflasi dari mengurangkan nilai duit kita. Inflasi ni lebih kurang cmni. Pada tahun 2014, Rm10 boleh membeli sebanyak sekilo bawang merah. Manakala pada tahun 2017, Rm10 hanya dapat membeli sebanyak 800g bawang merah. Kat sini, nilai duit kita telah berkurang sebanyak 200g bawang merah. Untuk pembelian emas pula, korang boleh membeli pada harga yang rendah seperti dibawah. Yang istimewanya, program GAP ni membolehkan korang menyimpan emas secara konsisten setiap bulan paling minimum 1 gram.
Source: Public gold.com.my
: ASB financing (Loan) : Paling femes dikalangan bumiputera.Nak taw lebih lanjut, rujuk kat sini https://dokterkewangan.blogspot.my/2016/11/asb-financing-buat-saving-dalam-bank.html.
3) Saving
Sekurang-kurangnya peruntukan sebahagian duit korang untuk tujuan saving. At least 8% dari duit korang. Boleh la korang keluarkan waktu kecemasan seperti kematian ahli keluarga atau nak kawen nanti.
Sekurang-kurangnya peruntukan sebahagian duit korang untuk tujuan saving. At least 8% dari duit korang. Boleh la korang keluarkan waktu kecemasan seperti kematian ahli keluarga atau nak kawen nanti.
4) Kereta
Untuk permulaan kerjaya, korang tak sepatutnya membelanjakan lebih dari 20% dari gaji korang untuk bayar kereta. Ini kerana, ini akan menganggu korang nyer DSR ( Debt Service ratio) bila korang nak beli rumah nanti. Sebaik-baiknya, bermulalah dengan kereta yang economical and fuel saving value seperti MYVI dan AXIA.Tambahan plak, perodua memberi servis free for 5 years, kan untung tu.
5) Duit bagi kat parent
Hat ni wajib. sekurang-kurangnya bagilah kat parent korang ikut kemampuan korang. Sekurang-kurangnya ada gak berkat gaji tu.
**Nota kaki: peratus dalam graf tu hanyalah anggaran, its up to korang how to estimate your own expense based on your salary. Adioss!!
No comments:
Post a Comment