Saturday, 21 October 2017

Langkah-langkah untuk transfer duit dari akaun CIMB ke Tabung Haji

Sudah menjadi kewajipan bagi setiap umat islam di Malaysia untuk menyimpan/melabur di Tabung Haji. Disamping mendapat dividen serta bonus di setiap akhir tahun  duit yang terkumpul juga boleh digunakan untuk menunaikan Fardhu haji di Makkah. Untuk memudahkan pendepositan duit dari akaun peribadi ke akaun masing2, pihak Tabung Haji sudah membolehkan transfer duit secara ONLINE

Untuk sesiapa yang berhajat untuk memindahkan duit dari akaun peribadi ke akaun Tabung Haji secara online. Sila ikuti langkah dibawah ye, hanya untuk platform CIMB Click sahaja.


Step 1: Sila Login akaun CIMB korang.

Step 2: Sila pilih kat butang "pay " dan pilih "bills"




Langkah 3: Pilih " Saving account" anda.




Langkah 4: Selepas select "saving account" , pergi ke " to" toolbar seperti gambar dibawah dan pilih " Lembaga Tabung Haji". Untuk memudahkan urusan transfer akan datang, segera pilih lembaga haji jadi favourite.


Langkah 5: Selepas select " Lembaga Tabung Haji, satu box akan keluar seperti gambar dibawah. anda kena memasukkan IC number yang didaftarkan ngan Tabung Haji dan amount yang hendak dipindahkan.


Langkah 6: Sila confirmkan perpindahan wang anda dan setel!!

Selamat mencuba, ;)

No comments:

Post a Comment