Sunday, 26 November 2017

TIPS UNTUK MENYAMBUT RUMAH PERTAMA ANDA.



1 . Kumpul duit untuk beli rumah sekurang-kurangnya 15% dari harga rumah. 10% deposit, 5% untuk lain-lain kos sampingan.

2 . Elakkan buat personal loan di bawah umur 30 tahun. Anda mungkin akan jadi “high risk applicant” atas dasar perancangan kewangan peribadi yang tak stabil.

3 .Jangan beli kereta pertama lebih 20% dari gaji pertama. Untuk gaji RM3,500 ke bawah, Debt Service Ratio (DSR) biasanya perlu rendah, dan perlu ada Net Disposable Income (NDI) yang cukup.

4 .Elakkan untuk buat ASB Financing di tahun yang sama dengan tahun ingin membeli rumah. Kebanyakan bank akan kira dividend ASBF bermula tahun kedua pembiayaan.

5 .Jaga penggunaan kredit kad. Kiraan DSR untuk kad kredit biasanya dikira berdasarkan "outstanding balance", bukannya "credit limit". 5% minimum payment akan dikira sebagai komitment untuk pengiraan DSR.

6 . Untuk gold investor, elakkan letak atau pajak emas anda di pajak gadai (pawn broking) yang mempunyai link dengan CCRIS i.e Ar-Rahnu di bawah seliaan bank. Kiraan pajakan emas anda biasanya akan dikira sebagai komitment untuk 7 bulan. Contoh; pajakan RM3,500 bahagi 7 bulan, bersamaan RM500 sebulan.

Sekian, terima kasih.
Salam Ukhwah,
Firdaus Pay - FP -
Kewangan & Hartanah FP

Credit to Mr. Firdaus Pay for the tips. may u have a good day ahead.

Saturday, 21 October 2017

Langkah-langkah untuk transfer duit dari akaun CIMB ke Tabung Haji

Sudah menjadi kewajipan bagi setiap umat islam di Malaysia untuk menyimpan/melabur di Tabung Haji. Disamping mendapat dividen serta bonus di setiap akhir tahun  duit yang terkumpul juga boleh digunakan untuk menunaikan Fardhu haji di Makkah. Untuk memudahkan pendepositan duit dari akaun peribadi ke akaun masing2, pihak Tabung Haji sudah membolehkan transfer duit secara ONLINE

Untuk sesiapa yang berhajat untuk memindahkan duit dari akaun peribadi ke akaun Tabung Haji secara online. Sila ikuti langkah dibawah ye, hanya untuk platform CIMB Click sahaja.


Step 1: Sila Login akaun CIMB korang.

Step 2: Sila pilih kat butang "pay " dan pilih "bills"




Langkah 3: Pilih " Saving account" anda.




Langkah 4: Selepas select "saving account" , pergi ke " to" toolbar seperti gambar dibawah dan pilih " Lembaga Tabung Haji". Untuk memudahkan urusan transfer akan datang, segera pilih lembaga haji jadi favourite.


Langkah 5: Selepas select " Lembaga Tabung Haji, satu box akan keluar seperti gambar dibawah. anda kena memasukkan IC number yang didaftarkan ngan Tabung Haji dan amount yang hendak dipindahkan.


Langkah 6: Sila confirmkan perpindahan wang anda dan setel!!

Selamat mencuba, ;)

Friday, 10 February 2017

Pengurusan kewangan untuk newbies

As-salam sekalian

Kepada siswa/siswi university yang sudah bergraduat. Tahniah diucapkan kepada korang, its time for you guys to hunt for your dream job. To those yang extend, don't give up yet. World has not end yet for you all.

Di Malaysia, lazimnya gaji untuk fresh gaduate lebih kurang Rm2200-2800 dan untuk lepasan diploma, lazimnya Rm1500-1800. Untuk perbelanjaan fresh graduate, lazimnya dibahagikan seperti dibawah:




Kat sini, ak nak huraikan perbelanjaan yang vital je untuk korang hadam:

1) Takaful

Yang ni untuk kecemasan, compulsory untuk diambil (melainkan korang ada duit 2.6 billion cash dalam bank, x yah amik~ membazir) .Dengan bayaran serendah Rm180 sebulan, korang boleh dapatkan coverage sebanyak Rm100k setahun dengan lain-lain faedah yang berkaitan untuk kesihatan korang. At least, tak de la korang kene risau bila kene admit kat hospital swasta nanti.

Sumber: Google.com


2) Asset 

: Emas: Emas mainly disimpan untuk mengelak inflasi dari mengurangkan nilai duit kita. Inflasi ni lebih kurang cmni. Pada tahun 2014, Rm10 boleh membeli sebanyak sekilo bawang merah. Manakala pada tahun 2017, Rm10 hanya dapat membeli sebanyak 800g bawang merah. Kat sini, nilai duit kita telah berkurang sebanyak 200g bawang merah. Untuk pembelian emas pula, korang boleh membeli pada harga yang rendah seperti dibawah. Yang istimewanya, program GAP ni membolehkan korang menyimpan emas secara konsisten setiap bulan paling minimum 1 gram.

Source: Public gold.com.my
  

: ASB financing (Loan) : Paling femes dikalangan bumiputera.Nak taw lebih lanjut, rujuk kat sini https://dokterkewangan.blogspot.my/2016/11/asb-financing-buat-saving-dalam-bank.html.


3) Saving

 Sekurang-kurangnya peruntukan sebahagian duit korang untuk tujuan saving. At least 8% dari duit korang. Boleh la korang keluarkan waktu kecemasan seperti kematian ahli keluarga atau nak kawen nanti.

4) Kereta

Untuk permulaan kerjaya, korang tak sepatutnya membelanjakan lebih dari 20% dari gaji korang untuk bayar kereta. Ini kerana, ini akan menganggu korang nyer DSR ( Debt Service ratio) bila korang nak beli rumah nanti. Sebaik-baiknya, bermulalah dengan kereta yang economical and fuel saving value seperti MYVI dan AXIA.Tambahan plak, perodua memberi servis free for 5 years, kan untung tu.

5) Duit bagi kat parent

Hat ni wajib. sekurang-kurangnya bagilah kat parent korang ikut kemampuan korang. Sekurang-kurangnya ada gak berkat gaji tu.

**Nota kaki: peratus dalam graf tu hanyalah anggaran, its up to korang how to estimate your own expense based on your salary. Adioss!!









Friday, 2 December 2016

ASB financing: Loan ASB financing Rm100K dengan komitmen Rm275 sebulan?

Entry kali ni berkisar pada soklan sorang mmber ni.



Mr A: klo bajet saving yang kita mampu lebih kurang dalam Rm 275, ada tak caranya kita nak capai Rm100K ASB financing dengan bajet tu jer sebab kalo nak amik loan Rm100k terus ni, kene bayar bulan-bulan dalam Rm500 cmtu. saya tak dapat nak commit banyak tu bro.

Jawapannya:  Mudah jer!!  Kita pakai multiple-account way. Cara ini sesuai untuk korang yang ada bajet terhad tapi nak buat loan sampai Rm100K.

Meh abang tunjukkan caranya,

Tahun 1:

Necklopah memohon pembiayaan ASB financing sebanyak Rm50000 dengan tempoh pembiayaan selama 30 tahun dan interest rate sebanyak 5.2%. Sepanjang tempoh itu, komitmen bulanan Necklopah ialah Rm275. Necklopah dengan konsistent nya membayar selama 12 bulan sehingga menerima dividen.

Tahun 2:

Setelah kejayaan membuka akaun pertama tadi, Necklopah meneruskan usahanya untuk mencapai loan ASB 100k ASB. Kali ni,Necklopah membuka satu akaun lagi dengan jumlah pembiayaan, komitmen dan interest yang sama. Untuk pembayaran akaun ASB yang kedua ini pula, Necklopah mengunakan dividen dari ASB yang pertama untuk bayar lump-sump setahun. Kiraan nya seperti di bawah.

Dividen dari ASB akaun pertama: 7.5% x Rm50000= Rm3750.

Bayaran untuk ASB akaun kedua ( Lump-sum)= Rm3300.

Baki (Dividen dari ASB akaun pertama)- (Bayaran untuk ASB akaun kedua( Lump-sum))= Rm 450


Tahun 1
Tahun 2
Jumlah pinjaman
Rm50000
Rm50000
Jumlah interest (%)
5.2
5.2
Jumlah bayaran
Rm275.
Rm275.
Divident( %)
7.5%
7.5%
Kaedah bayaran
Bayar bulanan
Guna dividen dari akaun 1
( Bayar lump-sum)
Komitmen bulanan
Rm275
none.


Untuk akaun yang kedua ni, Necklopah hanya perlu guna teknik " rolling dividen" untuk tahun-tahun selepas nya. Dengan baki Rm450 tu pula, boleh  disimpan dan menjadi sebab compounding interest  untuk akaun pertama. Rujuk artikel


. Kesimpulannya, Necklopah berjaya membuat loan sebanyak Rm100k yang comitmen bulanan sebanyak Rm500 dengan hanya Rm275.

Kepada sesiapa yang berminat nak buat ASB loan and unit trust, boleh contact kmk at.
(Area kch, bintulu, samarahan)

Akmalariffin B Rukijan
No tel: 011-25036013(Maxis), 016-9403601 (Digi)

Wednesday, 23 November 2016

ASB financing: menjana lebih keuntungan simpanan dengan "compounding interest" .

Di dalam entry kli ni, ak akan story kat korang pasal satu alat yang boleh menggandakan hasil pelaburan korang dalam ASB. Di dalam ASB financing,ada satu term di panggil “ Compound interest” yang sememangnya dikenali kerana menggandakan wang korang dlm sesuatu tempoh tertentu. Kita amik contoh seperti di bawah:

Case study 1:

Ali bercadang untuk menyimpan secara bulanan di dalam ASB loan. Maka Ali pon memohon pembiayaan ASB  financing sebanyak Rm200000 untuk 30 tahun dari pihak bank dengan komitmen bulanan sebanyak Rm1080. Setelah pembiayaan nya diluluskan oleh pihak bank, maka Ali pon menyimpan lah di dalam bank.

Simpanan bulanan: Rm1080.00
Tempoh simpanan: 12 bulan.
Jumlah simpanan: Rm1080 x 12 bulan= Rm12960.00

Dividen tahunan dari pihak bank
:  7% x Rm200000= Rm14000.

Setelah mendapat dividen, Ali bercadang untuk menggunakan dividennya untuk membayar komitmen  untuk tahun seterusnya

Lump-sum untuk setahun: Rm12960.00
Dividen- (lump-sum bayaran untuk setahun) : Rm14000- Rm12960.00= Rm1040.( Baki dari dividen)

Maka dividen untuk tahun kedua=
:  7% x Rm201040 ( jumlah loan + baki dari dividen)= Rm14072.8.

Kalo korang perasan dari segi dividen antara 2 tahun( Assume jumlah dividen sama dari pihak bank)
Tahun 1: Rm14000.00
Tahun 2: Rm14072.8

Ada pertambahan sebanyak Rm72.80 ke dalam akaun korang. Itu la kelebihan kat compound interest  ni. Yang tu pon klo korang menten kan baki dalam akaun la.

Case study 2:

Kita amik situasi yang sama mcm case study 1 tadi. Dengan komitmen yang sama;

Simpanan bulanan: Rm1080.00
Tempoh simpanan: 12 bulan.
Jumlah simpanan: Rm1080 x 12 bulan= Rm12960.00

Dividen tahunan dari pihak bank
:  7% x Rm200000= Rm14000.

Dalam situasi ni, Ali bercadang untuk membayar secara tetap untuk tahun kedua. Maka pengiraan dividen adalah seperti berikut.

Dividen dari pihak bank:
7% x Rm214000.00 ( Jumlah loan + dividen dari pihak bank)= Rm14980.00.

Seperti dalam pengiraan kat atas, compound interest akan “boost” korang punyer dividen

Dalam table ni korang boleh tgk perbezaan ketara dalam dua kes study tu.


Description
Case study 1
Case study 2
komitmen
Rm1080
Rm1080
Jumlah loan
Rm200000
Rm200000
Tempoh bayaran
2 years
2 years.
Dividen
7%
7%
Jumlah dividen
( 1st year)
Rm14000
Rm14000
Bayaran tahun kedua
( 2nd year)
Use dividend  ( Rolling)

Bayaran secara tetap
Divident tahun kedua
Rm14072.8
Rm 14980.00
Pulangan pelaburan, ROI untuk dividen.
(%)
(Rm14072.8/Rm12960) x100%= 108%
(Rm 14980/ Rm12960) x 100%
= 115%


Situasi di atas hanyalah sebagai contoh. Untuk saving bulanan tu, ikut kemampuan dan tujuan korang untuk menyimpan
 ( kawen , beli keta dan etc)

Bagi korang yang nak baru nak membuka akaun ASB loan/Unit trust , korang boleh contact ak seperti detail kat bawah.

AKMALARIFFIN B RUKIJAN
No tel: 0169403601 ( Digi)/ 011-25036013 ( Maxis)





ASB financing: Buat saving dalam bank atau buat loan yang untung lagi?

Entry ni berkaitan soklan sorang sahabat kepada gua pasal ASB nih. pertanyaan nya lebih kurang gini.

Si A: Bro, apa je beza antara buat loan ASB dengan buat saving sendiri dalam ASB saving?? Mane yang ak buat akan dapat lebih untung.

( Dialek Sarawak: Bro, ap jak beza molah loan ASB tok ngn polah saving kedirik dalam asb saving?? Nak ne yang dpt untung lebih lagik?)

Aku: Bro, banyak beza nya bro terutamanya dari segi pengiraan dividennya. klo nak, tgk kat penerangan kat bawah.

( Dialek sarawak: Bro, banyak juak bezanya bro terutama mun dari segi pengiraan dividen tahunannya.boleh nanga kat dibah tok untuk penerangan lanjut)

1)      ASB saving
2)      ASB loan/ Financing.

1)      ASB Saving
ASB saving  ialah korang buka akaun ASB saving kat mana-mana bank seperti Maybank, RHB bank, Bank rakyat dan sebagainya. Untuk dividennya pula dikira menerusi kiraan mudah seperti di bawah:

E.g
Anda  menyimpan sebanyak Rm1080 sebulan. Dalam setahun, anda berjaya menyimpan sebanyak Rm12960.

Untuk dividen dari pihak bank pula, kite amik dalam 7% .

: 7% x RM12960 ( Jumlah dalam setahun)= Rm907.20

Lets say korang menyimpan dengan kadar tetap selama 3 tahun.

: Rm 12960 x 3 years = Rm38880.

Dividen dari bank pula: (7% x Rm12960) x 3 years= Rm 2721.60.

Lets say korang withdraw dari akaun korang after 3 years.

Total simpanan= Rm38880
Jumlah dividen= Rm2721.60

Jumlah kesemuanya: Rm41601.6.

2) ASB loan

Korang pergi bank ( RHB, CIMB and etc),bukak akaun ASB loan bank dengan amount Rm200000. And teruskan habit korang menyimpan sebanyak Rm1080.

Jumlah simpanan dalam setahun: Rm 12960.00

Untuk kiraan dividen pula;

7% x Rm200000.00= Rm14000

Jumlah simpanan dalam setahun:

Rm 12960.00 + RM14000=Rm 26960.00.

If korang menyimpan selama 3 tahun;

Rm26960 x 3 years= Rm 80880

Perbandingan ringkas pasal beza ASB loan ngn ASB saving seperti dalam table di bawah:

Description       
ASB Saving (Rm)
ASB loan (Rm)
Bayaran
1080
1080
Tempoh simpanan
1 year
1 year
Dividen bank (Tahunan)
7%
7%
simpanan dalam setahun, A
RM12960.00
RM12960.00
Jumlah dividen, B
7% x RM12960= RM970.20
7% x RM200000= Rm14000
Jumlah simpanan
A + B
= 12960+ 970.20
= RM13930.20
A + b
= 12960 + 14000
= RM26960.00
Pulangan pelaburan ( %),R.O.I
(13930.2/12960)X 100%= 107%
(26960/12960) X 100%=
208%
Insuran
Tiada
ada

Seperti dalam table diatas, ROI ( Return-of-investment) untuk ASB loan lebih tinggi dari ASB saving. kesimpulannya, kita digalakkan untuk buat ASB loan dari simpan sendiri atas keuntungan dividen.

Selain itu, ASB loan mempunyai ad-on package takaful yang mana duit loan korang yang berjumlah Rm200000 tu akan diberikan secara cash money kepada waris korang andai korang ditimpa musibah ( Kematian, lumpuh, dsbg)*

* tertakluk pada Terma & syarat

kepada sesiapa yang berhajat untuk buka account ASB loan/ Unit trust, boleh contact kmk as per detail bawah ( Area Bintulu, Kuching, samarahan)

AKMALARIFFIN B RUKIJAN
No tel: 0169403601 ( Digi)/ 011-25036013 ( Maxis)

Monday, 21 November 2016

ASB Financing :bayar lump-sum atau bayar bulan??? yang mana untung lagi?


Entry kali ini  berkisar pasal pembiayaan dlm ASB loan ataupun bahasa finance nye ,ASB Financing. Secara ringkasnye , ada bnyak cara utk melunaskan/ membayar loan ASB ni. Antara yg paling femes dalam kalangan kita adalah lump-sum ( bayor sekaligus 12 bulan). Yang tu klo yang ad banyak duit atau banyak sangat gaji sampai x taw nak cmpak mane atau bayar monthly jer. Akan tetapi, untuk 2 cara tersebut, perolehannya ( Dividennya sangat lah berbeza).

Katakan lah saya memohon pembiayaan ASB dari bank sebanyak RM200,000 selama 30 tahun dengan kadar keuntungan bank 5.2% setahun.dan dalam masa yang sama saya ad cash Rm13200, mane yg lebih okey, bayar lump-sum ke bayar secara bulanan kke atau ad cara lain untuk comparison.
 (Jawapan untuk soalan ini juga terpakai utk bayaran tahun kedua menggunakan dividen)

A. Bayar secara lump sum

Kita bayar secara lump sum, pulangan yg kita dapat dgn anggaran dividen 7% setahun:
Dividen tahun pertama = 7% x RM200,000 = RM14,000
Setelah genap setahun, kita pun membatalkan pembiayaan kita itu tadi. Pulangan principal yg akan diterima:
Baki pembiayaan = RM197,154.17
Nilai sijil = RM200,000
Prinsipal yg akan diterima balik = RM200,000 - RM197,154.17 = RM2,845.83
Jumlah yg akan diterima adalah sebanyak RM14,000 + RM2,845.83 = RM16,845.83

B. Bayar secara bulanan

Kita ada tunai RM13,200 tetapi kita memilih untuk membayar RM1,100 setiap bulan selama 12 bulan berturut-turut. Jadi, baki tunai tadi dilaburkan ditempat lain. Di dalam contoh ini, kita akan simpan RM13,200 di dalam ASB2 yang memberi anggaran pulangan 7% dan mengeluarkan RM1,100 setiap bulan.
Disebabkan kita melabur di dalam ASB2 sementara membayar utk pembiayaan ASB kita, kita telah mengoptimumkan keupayaan tunai kita, dan layak utk mendapat dividen ke atas simpanan ASB2 kita itu tadi.
Pengiraannya seperti dibawah:

Satu perkara yg perlu difahami adalah, bayaran dividen adalah mengikut baki terendah setiap bulan. Jika ASB/ASB2 mengumumkan dividen tahunan pada sesuatu tahun adalah 7%, maka dividen yg akan dikira pada baki terendah setiap bulan adalah 7% bahagi 12 bulan = 0.5833% setiap bulan. Jadi, baki terendah setiap bulan X 0.5833% = Dividen bulanan.

Baki bulan pertama ASB2 setelah membayar pembiayaan ASB pada bulan pertama RM13,200 – RM1,100 = RM12,100 dan seterusnya.
Contoh untuk bulan pertama RM12,100 X 0.5833% = RM70.58 dan seterusnya

Bulan
Baki akaun
Dividen
1
12100
70.58
2
11000`
64.17
3
9900
57.75
4
8800
51.33
5
7700
44.92
6
6600
38.50
7
5500
32.08
8
4400
25.67
9
3300
19.25
10
2200
12.83
11
1100
6.42
12
0
0


Total div= Rm 423.5

Jumlah dividen dari ASB2 adalah RM423.50\

Setelah genap setahun, kita pun membatalkan pembiayaan ASB kita itu tadi. Pulangan principal yg akan diterima:
Baki pembiayaan = RM197,154.17
Nilai sijil = RM200,000
Prinsipal yg akan diterima balik = RM200,000 - RM197,154.17 = RM2,845.83
Jumlah yg akan diterima adalah sebanyak RM14,000 + RM2,845.83 + RM423.50 = RM17,269.33


Lebih untung sebanyak RM423.50 berbanding bayaran secara lump sum.

Tiba-tiba, ada orang menyampuk dari belakang, “Sembang boleh lah, bayar bulanan atas kertas memang nampak untung, tak kira duit minyak, duit parking, masa lagi.”
“OK. Kita kira secara suku tahun pula. Secara 3 bulan sekali. So, keluar duit 4 kali setahun.”

C. Bayar secara suku tahunan.

Dengan cara ini, kita akan mengeluarkan tunai kita di ASB2 setiap 3 bulan sebanyak RM3,300.
Pengiraan yg sama seperti contoh di atas. Dividen tahunan bahagi 12 bulan.

Bulan
Baki akaun
Dividen
1
9900
57.73
2
9900
57.73
3
9900
57.75
4
6600
38.50
5
6600
38.50
6
6600
38.50
7
3300
19.25
8
3300
19.25
9
3300
19.25
10
0
0
11
0
0
12
0
0


Total div= Rm 346.50

Jumlah dividen dari ASB2 adalah RM346.50
Setelah genap setahun, kita pun membatalkan pembiayaan ASB kita itu tadi. Pulangan principal yg akan diterima:
Baki pembiayaan = RM197,154.17
Nilai sijil = RM200,000
Prinsipal yg akan diterima balik = RM200,000 - RM197,154.17 = RM2,845.83
Jumlah yg akan diterima adalah sebanyak RM14,000 + RM2,845.83 + RM346.50 = RM17,192.33
Lebih untung sebanyak RM346.50 berbanding bayaran secara lump sum.

ya kitak2 sekalian. ada banyak cara sebenarnya untuk ASB loan tok. tapi nanga( tengok) kitak org pon bajet cmne lagik. mun ktk org mok kumpol duit pkey nikah ka, beli kereta baru ka, mok tukar sport rim bru ka atau macam2 keperluan lain. Ktk orang boleh approach atau pun start guna ASB tok. selain ya, boleh jadi part of ktk orang pon investment juak. 

Mun ada hasrat mok bukak ASB loan ka, Unit trust ka boleh kontek kamek seperti detail dibah:

AKMALARIFFIN B RUKIJAN
Tel no: 0169403601 ( Digi)/ 011-25036013 ( Maxis)
Alamat: Kpg semariang, Kch, Swk.


* Credit to Ahmad helmi Hamdan for the calculation.